TEMUDUGA SEBAGAI "CALON JENAZAH"
SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA
SEBARANG PENGECUALIAN
KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan
Dilantik Jadi Ahli Syurga.
EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk
jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.
TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula
dari saat membaca iklan ini.
LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).
KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-
sijil,termasuk sijil saham termasuk
saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat ,
Mercedes mata belalang atau kad
kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta
serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg
cantik, hensem atau berbadan tegap
atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman
dan Amal serta sedekah jariah sebagai
sokongan.
PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.
ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?
CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput
yang berkaliber untuk menjemput anda.
Ia akan menjemput anda pada bila-bila
masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia
akan berlembut kepada orang-orang
tertentu dan akan bengis kepada orang-
orang tertentu. Ia diberi nama Izrail.
TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA
TERTUTUP INI:
Hadis hasan yang diriwayatkan oleh
Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:
Sabda Rasulullah SAW:
"Sesungguhnya apabila jenazah
seseorang itu diletakkan didalam
kuburnya, sesungguhnya jenazah itu
mendengar suara terompah kasut) orang-
orang yang menghantarnya ke kubur pada
saat mereka meninggalkan tempat itu.
Jika mayat itu seorang muslim, maka
solat yang dilakukannya ketika beliau
masih hidup di dunia akan diletakkan
di kepalanya, puasanya diletakkan
disebelah kanannya, zakatnya
diletakkan di sebelah kirinya dan
amalan kebajikan daripada
sedekahjariah, silaturrahim,perkara
kebajikan dan ihsan diletakkan
dihujung dua kakinya.
Ia akan didatangi malaikat dari aras
kepala, maka solat itu berkata kepada
malaikat : dari arasku tidak ada jalan
masuk. Kemudian malaikat berpindah ke
sebelah kanan, maka puasa berkata
kepadanya : dari arasku tidak ada
jalan masuk. Kemudian malaikat
berpindah kesebelah kiri, maka zakat
berkata kepadanya : dariarasku tidak
ada jalan masuk. Kemudian di datangi
dari arah kedua hujung kakinya dan
berkatalah amal-kebajikan : di
bahagianku tidak ada jalan masuk.
Maka malaikat berkata kepadanya :
Duduklah kamu. Kepadanya (mayat)
memperlihatkan matahari yang sudah
mula terbenam, lalu malaikat bertanya
kepada mayat itu : Apakah pandangan
kamu tentang seorang laki-laki
(Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa
bercakap tentangnya; dan bagaimana
penyaksian kamu kepadanya? Maka
berkata mayat itu : Tinggalkan aku
sebentar, aku hendak sembahyang. Maka
berkata malaikat : Sesungguhnya engkau
akan mengerjakan solat (boleh saja
solat) tetapi jawab dahulu apa yang
kami tanya ini. Apakah pandangan kamu
tentang seorang laki -laki Muhammad)
yang kamu dahulu sentiasa bercakap
tentangnya; dan bagaimana penyaksian
kamu kepadanya? Maka berkata mayat
itu: Laki-laki itu ialah! Nabi
Muhammad saw dan aku naik saksi bahawa
nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh
Allah yang membawa kebenaran daripada
Allah Subhanahu Wata'ala. Maka
malaikat berkata kepada mayat itu :
Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu
juga kamu dimatikan dan dengan
demikian juga kamu dibangkitkan semula
diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka
baginya satu pintu syurga, maka dikata
padanya itulah tempat kamu dan itulah
janji Allah bagi kamu dan kamu akan
berada di dalamnya. Maka bertambahlah
gembira mayat itu. Kemudian
dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta
dan disinari cahaya baginya".
Sila war-warkan tawaran jawatan kosong
ini kepada semua sahabat.
Wallahu-a'lam. Semoga berjaya dalam
temuduga ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment